FINAL Piala Malaysia 2009 : Kelantan vs Negeri Sembilan
Laporan terkini dari konti kami
Sumber laporan

1000 am : Sudah kelihatan dua tiga buah bas berbendera Kelantan memasuki MRR2. Bas2 yg kemungkinan besar disewa dari Lembah Klang itu berdasarkan nr plate WXX dan BXX membawa berpuluh2 penyokong Wira merah menuju ke Stadium Bukit Jalil.
1100 am : Kesesakan mula dirasai dipersimpangan masuk ke Sri Petaling dari arah KL, MRR2, Kesas dan MEX.
1200 pm : Kawasan Stadium mula dibanjiri penyokong Kelantan dan Negeri Sembilan yang mengenakan pakaian serba merah,putih dan kuning.
1300 pm: Konvoi beramai2 penyokong N9 mula berkumpul di Stadium Paroi utk bretolak ke Bukit Jalil.
1450 pm : Kesesakan di plaza tol Sg Besi dengan penyokong N9 mula memenuhi jalan2 raya menuju ke Bukit Jalil
1500 pm : Langit mula mendung. Pintu pagar stadium masih belum dibuka. Penyokong mula membanjiri kawasan sekitar stadium. Parking stadium sudah separuh penuh. Byk gerai dibuka dan dipenuhi dengan pembeli yg ingi mendapatkan pelbagai cenderahati dan makanan.
1615 pm : Hujan turun dengan lebatnya di sekitar lembah klang. Malam ni perlawanan diramalkan prelahan kerana padang Stadium Bukit Jalil yg suka menakung air.





