5 Keupayaan seorang usahawan
Menceburi bidang perniagaan memerlukan lima keupayaan (3 KMK dan 2 KMC)
- keupayaan menanggung kesusahan
- keupayaan menangguhkan kepuasan
- keupayaan menahan cercaan
- keupayaan menangani cabaran
- keupayaan menguruskan kejayaan
Keupayaan Menanggung Kesusahan
Menjadi usahawan bukanlah satu mimpi indah. Bagi mereka yang ingin memilih keusahawanan sebagai kerjaya, kesusahan diperingkat awal merupakan perkara yang perlu dilalui. Ketiadaan modal yang mencukupi, kekurangan tenaga kerja dan ketiadaan hasil merupakan kesusahan awal yang pastinya mencabar kesabaran. Ada usahawan yang bermula dengan modal serendah RM 500.00 dan akhirnya menjadi usahawan berjaya. Kesusahan demi kesusahan yang dihadapi perlu ditanggung dengan cermat. Jangan putus asa malah terus berusaha, berdoa dna bertawakal.

Keupayaan menangguhkan kepuasan (meminjam dari buku Puan Ainon Mohd)
Menjlankan perniagaan, kadangkala mendapat keuntungan kadangkala mendapat sedikit kerugian (moga2 dijauhkan). Maka keupayaan menangguhkan kepuasan merupakan sesuatu yang sangat kritikal bagi seseorang usahawan. Kepuasan memandu kereta besar, memiliki ruang pejabat cantik, telefon bimbit yang canggih dan sebagainya.Usahawan tidak cepat gelap mata apabila mendapat duit yang banyak baik dari suntikan modal mahupun keuntungan perniagaan. Suntikan modal disalurkan dengan baik untuk meneruskan projek atau menjalankan projek2 baru. Begitu juga keuntungan. Pendek kata sebelum tiba masanya, banyak kepuasan perlu ditangguhkan.
Keupayaan menangani cabaran
Tidak ramai yang sebenarnya betul-betul memahami bahawa untuk menjadi seorang ahli perniagaan mereka perlu menghadapi seribu satu macam cabaran. Cabaran mental, fizikal dan spiritual. Mentaliti seorang usahawan tidak sama dengan mereka yang makan gaji. Kalau usahawan berfikiran cukup bulan saya perlu dapat gaji, maka samalah mereka dengan para pekerja. Sebagai contoh,seharusnya usahawan perlu berfikir, apa lagi kerja yang belum saya laksanakan untuk saya mendapatkan lebih banyak keuntungan. Begitu juga dengan cabaran fizikal. Usahawan perlu berusaha memastikan fizikal mereka fit untuk melakukan banyak kerja dalam masa di luar jangkaan. Tumpuan dan fokus kita terhadap sesuatu perkara keduniaan pastinya sedikit sebanyak akan menggangu konsentrasi pada keperluan rohani dan spiritual kita. Oleh itu cabaran sebegini perlu ditangani dengan penuh hati-hati, agar kekuatan spiritual yang telah kita bina selama ini dalam proses pendidikan formal mahupun mujahadah tidak formal, tidak terjejas kerana aktiviti2 kita sebagai usahawan. Kekuatan spiritual dan rohani seseorang usahawan dapat dipertahankan malah dipertingkatkan sekiranya usahawan tidak lupa kepada punca dan sumber rezeki pendapatan mereka. Islam menggariskan dalam ilmu tauhid bahawa segala sesuatu nikmat dan rezeki datangnya dari Allah yang maha kaya. Bukan Islam berpendapat bahawa keuntungan yang diperolehi oleh seseorang datang dari pengorbanan dan kesusahan orang lain. Apapun takrifannya, usahawan perlu sedar demi survival spiritual mereka, mereka tidak harus lupa diri dan menjadi sombong dek kerana pencapaian baik dalam bidang keusahawanan.
Keupayaan menahan cercaan dan keupayaan menguruskan kejayaan akan menyusul minggu hadapan. Selamat membaca…




