Bomoh dan Pawang
Alhamdulillah..hari ni saya bersyukur kerana khutbah jumaat yg dibaca di Masjid Sobirin bertajuk SYIRIK DALAM PERUBATAN. Khutbah ini secara tidak langsung menjawab semua soalan yg orang2 tertentu mgkn nak tanya kepada aku dalam masa terdekat ini. Sesungguhnya Allah bersama org yg sidiq dan amanah!
Salah satu isi khutbah yg khatib bacakan ialah berkenaan dengan amalan perbomohan dan perpawangan yang amat sukar dipisahkan dalam masyarakat melayu nusantara. Bahwa khatib berkhutbah majoriti bomoh dan pawang menggunakan perantaraan dan mengamalkan perkara yagn mendekati syirik. PERIOD!
Khatib juga menjelaskan sekiranya amalan perbomohan dan perpawangan ini selari dgn syariat Islam, sudah tentu akan muncul byk sekali tokoh2 Islam yang mempelopori bidang bomoh dan pawang ini. Namun ianya tidak berlaku. Bahkan tokoh2 perubatan Islam seperti Ibnu Sinna dan Al Farabi mempelopori apa yang dikatakan perubatan moden yang terdapat masa kini dengan memperkenalkan anatomi manusia yg lengkap, kaedah pembiusan dan pembedahan!
(tambahan oleh aku) Walaupun anatomi manusia yg dilakar oleh Ibnu Sinna adalah kerana berkatnya mata beliau yg dikatakan kasyaf itu yang boleh melihat tembus badan manusia, namun beliau tidak memilih utk mengeksploitasikan kelebihan itu utk mengusahakan perubatan ghaib atau psikik seperti yg diamalkan oleh majoriti bomoh dan pawang;malah berusaha pula utk menfaatkannya bagi tujuan perubatan fizikal yg kini diterima baik dalam syariat Islam mahupun di dunia bukan Islam.
Khatib juga membacakan dua tiga potong hadis tentang larangan dan tegahan Baginda Nabi saw terhadap tangkal,azimat, gelang hikmat dan lain2nya.
Sebagai penutup khatib membacakan ayat 110 surah Al Kahfi
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahikan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang salih, dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”
Rasul saw sendiri diperintahkan oleh Allah agar memberi peringatan kpd manusia bahawa baginda juga manusia seperti kita. Keistimewaan Baginda kerana diberikan wahyu dan mukjizat oleh ALlah swt. Dan mukjizat Baginda pula tidak baginda gunakan sewenang2nya baik dalam urusan kecemasan dan perubatan. Boleh sahaja baginda menyapu tangan suci baginda keatas pipi baginda yang ditembusi topi besi semasa Uhud, agar luka tersebut hilang macam geng2 CAKRA ALAM PSIKIK buat. Tapi baginda saw meminta bantuan Abu Ubaidah Al Jarrah ra utk menarik besi tersebut keluar hingga patah gigi baginda yg suci…..
Nah kini terjawab sudah 100% persoalan massa yang mempertahankan bomoh dan pawang. Saya menyeru kpd diri sendiri dan kpd tuan2 dan puan2 agar terus berpegang teguh terhadap amalan salafus soleh yg awla dan arif daripada kita semua. Janganlah kerana sedikit keajaiban yg kita tidak tahu pangkal hujungnya, kita sudah goyah akidah murni Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan mempercayai bomoh dan pawang yg menghampiri syirik.
Wa akhiran saya minta maaf kepada semua yang terguris rasa dan perasaan kerana tulisan saya tempoh hari. Saya memohon hikmah dari Allah swt terhadap semua tindak tanduk yg saya lakukakn.
Wassalam




