Pengertian Majzub
Pertemuan Abdullah Ahmad Badawi dan Anuar Ibrahim di Madrasah Nurul Iman Hulu Langat mengejutkan ramai pihak. Saya tidak berapa kisah akan pertemuan itu. Tapi apa yang emnarik perhatian saya ialah Sambutan Tamat 40 tahun Latiihan Kerohanian Syeikh Mahmud Al Kedahi yang juga digelar Syiekh Mahmud Al Majzub. Dalam sebuah blog pro-Umno dikatakan bahawa Syeikh Mahmud al-Majzub adalah pengamal tarekat Ismailiyah yang telah diwartakan sebagai sesat oleh Mufti Selangor terdahulu iaitu Sheikh Ishak Baharom. Namun sejauh manakah kebenaranya?
Apapun halnya, semua ini menyejukkan suasana panas politik Malaysia buat beberapa seketika. Saya menunggu panggilan TG Haji SAlleh Penanti pula untuk kedua-dua pemimpin ini duduk bersama…..allahualam
Tapi apa makna majzub? Baca petikan dibawah
Manusia pilihan kelas tertinggi adalah Nabi-nabi. Tuhan kurniakan kepada mereka kekuatan rohani yang luar biasa. Mereka mampu menempuh alam ghaib dan berhadap kepada Hadrat Ilahi tanpa berlaku kegoncangan kepada akal fikiran, kesedaran dan sifat-sifat kemanusiaan mereka.




