AGM SEMESTi dan Aktiviti Ardentedu Mac 2010
Alhamdulillah, sekolah lama saya iaitu Sekolah Menengah Sains Teluk Intan telah berjaya mempunyai persatuan alumninya tersendiri. Pada 6 Mac 2010 tempoh hari, selesai sudah satu mesyuarat agung bagi memenuhi tuntutan perlembagaan persatuan. Ramai super senior dari batch awal2 tahun 80 an telah hadir. Tan Sri Alimuddin Hj Md Dom KP Pelajaran telah sudi untuk merasmikan mesyuarat agung tersebut. Tan Sri pernah menabur bakti di SEMESTI pada awal 90 an dan akhir 90 an sebagai penolong kanan dan pengetua.
Tan Sri mengingatkan matlamat penubuhan alumni ini sebagai satu platform untuk memenuhi hasrat sekolah melihat bekas pelajar mereka kembali menaburkan bakti. Tan Sri juga melahirkan rasa bangga akhirnya alumni SEMESTI telah dapat ditubuhkan.
SEMESTI yang telah berusia 25 tahun pada 2009 yg lalu merupakan sekolah berasrama penuh generasi ketiga selepas sekolah premier spt MCKK dan TCK serta Sekolah2 Menengah Sains ditubuhkan. Antara Sekolah Menengah Sains yang terawal ialah SMS Selangor, SMS Johor, SERATAS dan lain2nya.
Saya telah dilantik sbg ajk promosi bagi menjayakan AGM tersebut. Alhamdulillah saya kira kerja saya telah berjaya berdasarkan kehadiran yang amat memuaskan walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki. Pelbagai bentuk prmosi saya jalankan dari menggantung banner dan bunting sehinggalah iklan di dalam radio dan suratkhabar.
Ardentedu
15 – 16 Mac 2010 : Math Olympiad Prep Course (keterangan lanjut klikĀ sini)
17- 18 Mac 2010 : Kem Sains Utusan E Lab Amazing Science (keterangan lanjut klikĀ sini)

13, 20 dan 21 Mac 2010 : Demo Science di Menara KL bermula jam 9 am

23-26 Mac 2010 : Kem Kecemerlangan Matematik SMK Sri Bintang Selatan


A lot of stories to share……



