E-Pembelajaran

Persiapan Minda Positif

Adalah amat penting bagi setiap pelajar yang akan menduduki peperiksaan, menyiapkan minda mereka agar sentiasa berada dalam keadaan positif. Keadaan positif yang dimaksudkan disini adalah

  1. Tetapkan matlamatnya
  2. Konsisten dengan matlamatnya
  3. Sentiasa segar dengan idea baru dalam pembelajaran
  4. Sentiasa peka dengan perubahan mental dan fizikalnya
  5. Sentiasa yakin dan percaya pada diri sendiri

Otak manusia terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian kiri dan kanan

Kiri

  • Bahasa
  • formula matematik
  • logik
  • nombor
  • keanjalan
  • analitik
  • lirik lagu

Kanan

  • Objek
  • rekabentuk
  • irama lagu
  • imej
  • gambar
  • imiginasi
  • dimensi
  • rasional

Bahagian kiri dan kanan ini perlu sentiasa diseimbangkan bagi memperolehi keadaan yang stabil. Apabila keadaan minda kanan dan kiri kita ini telah stabil, maka mudahlah untuk kita membentuk persekitaran positif bagi minda kita. Jika kita mendapati diri kita terlalu cenderung kepada menganalisis orang lain, kita perlu menseimbangkannya dengan menggunakan minda kanan kita iaitu sifat dengan bersifat lebih rasional.

Untuk memastikan minda kita sentiasa berada dalam keadaan positif, sentiasa ulang-ulangkan matlamat yang ingin kita capai. Berdoalah selalu untuk memperoleh kekuatan dan sentiasa visualizekan kejayaan yang akan anda kecapi sekiranya anda bersusah payah dari sekarang.

Saya akan menyampaikan talk di SK Taman Midah 2 pada 30 Okt menyentuh topik ini. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan handsout yang akan saya gunakan, emel saya. Terhad kepada 20 orang sahaja. Saya akan beri secara percuma!!!!

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

This entry was posted on Tuesday, October 23rd, 2007 and is filed under Motivasi. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply