E-Pembelajaran

Kemasukan ke tingkatan 1 MRSM 2008

Untuk tujuan diatas sila baca FAQ di MARA

Semakan untuk :
a) Pendaftaran pertama - hujung bulan Januari / awal bulan Februari.
b) Pendaftaran kedua - hujung bulan Februari / awal bulan Mac.
c) Pendaftaran ketiga - hujung bulan Mac / awal bulan April.
Tuan/puan boleh berhubung terus dengan Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) di talian 03-26915111 sambungan : 3331/3392/3394/3764/3765/3766, SMS dan Laman Web (www.mara.gov.my).

Update: Keputusan kemasukan ke tingkatan 1 dan 4 MRSM 2008 telah dikeluarkan. Sila semak di www.mara.gov.my

Saya ada membaca beberapa keluhan ibu bapa yang tidak puas hati kerana anak mereka tidak diterima masuk ke mRSM walaupun mendapat 5A, sedangkan menurut mereka ini kedapatan pelajar yang mendapat 4a1b mendapat tempat. Baca lagi …klik read more

Sehingga ada yang sanggup untuk menubuhkan front bagi memperjuangkan nasib anak mereka….tahniah saya ucapkan kerana begitu komited dalam mendidik amanah yang Allah berikan.

Namun MRSM atau SBP bukanlah sealanya. Saya tak mahu menyentuh akan proses pemilihan yang sellaunya dalam apa jua pmilihan ke dalam sistem kerajaan ini, pasti akan berlaku korupsi dan nepotisme, tetapi saya ingin menyentuh akan proses pembelajaran sebenarnya sama sahaja di mana-mana.

Kemasukan ke tingkatan 1 di mrsm atau sbp sebenarnya bukanlah jaminan untuk kejayaan. Walaupun kadang-kadang ada ibubapa yang mentafsirkan kejayaan itu sebagai melanjutkan pelajaran ke luar negeri agar dapat sikit tumpang bangga anak aku belajar obersee. Kejayaan perlu dilihat dari kecemerlangan pelajar dari segala aspek, baik dari segi sahsiah, akademik dan kegiatan luar kelas atau kokurikulum. Sebagai bekas pelajar di SBP dan mempunyai adik di MRSM dan SMKA, saya melihat kejayaan kami adik beradik adalah berbeda. Adik saya di mRSm hanya sempat kekal sehingga ting 3 ttapi sangat aktif dengan kegiatan lua, manakala adik saya di SMKA berjaya mendapat 7A dalam SPMnya dan mendapat anugerah PENGAKAP RAJA sebagai pengiktirafan terhadap aktiviti pengakapnya….tetapi tidak bermakna adik saya di MRSM telah gagal, cumanya sistem di MRSM mmebataskan pelajarnya untuk aktif dalam aktiviti kelas

Saya? Saya mendapat 8A dalam SPM dan merupakan anggota pasukan bahas SEMESTI yang menewaskan MCKK dalam pertandingan akhir bahas piala perdana menteri 1998….hehehe….

Saya sendiri mengakui tinggal di SBP banyak kelebihannya, antaranya ialah character building dan peluang ke oversea yang sangat luas…hehehe…tetapi tidak usahlah kecewa sekiranya anak tuan puan tidak dapat masuk ke mrsm atau sbp…..teruskan usaha membina peribadi anak tuan puan dan kecemerlangan akademik dan kokurikulum mereka walaupun mereka bersekolah di sekolah harian biasa. Buktikan kepada mereka2 yang mempunyai kabel2 itu sebenarnya telah silap dalam perhitongannya……………kadang2 anak tak nak sangat masuk SBP or MRSm…dah masuk spoil pula……………..

nak komen..tekanlah butang komen dibawah

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

This entry was posted on Sunday, February 3rd, 2008 and is filed under Blog. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

19 Responses to “Kemasukan ke tingkatan 1 MRSM 2008”

  1. MUHAMAD RIDHWAN BIN NORDIN Says:

    Nordin Bin Ghani,
    Lot 1212 Lorong Binjai,
    Kampung Wakaf Mempelam,
    20050 Kuala Terengganu,
    Terengganu.
    ________________________________________________________________________

    Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah),
    Ibu Pejabat Mara,
    Jalan Raja Laut,
    50609 Kuala Lumpur. 8 FEBRUARI 2008.

    Tuan,

    Rayuan Bagi Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains Mara

    Merujuk kepada perkara diatas, saya Nordin bin Ghani iaitu bapa kepada Muhammad Ridhwan, no kad pengenalan 950410-11-5767 ingin merayu kepada pihak tuan bagi kemasukan anak saya ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

    2. Untuk makluman tuan, anak saya mendapat keputusan 5A dalam UPSR dan telah membuat permohonan ke MRSM sebelum ini tetapi tidak berjaya.

    3. Oleh yang demikian, sekali lagi saya ingin merayu kepada pihak tuan agar anak saya dapat meneruskan persekolahannya di MRSM. Bersama-sama ini disertakan salinan keputusan peperiksaan dan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk memudahkan pengurusan pihak tuan.

    Saya berharap agar rayuan saya mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan.

    Sekian,

    Terima kasih

  2. mohdiznan Says:

    inSyaAllah saya akan fwdkan kepada pegawai mara yang berkenaan…..sama2 kita berdoa

  3. BASIR NAIMULLAH ZULKEPKLI Says:

    Saya Basir Na’imullah bin Zulkepli merayu kepada pihak tuan untuk mendapat tempat belajar di MRSM. Saya juga mendapat 5A. Ibu selalu beritahu belajar mesti rajin nanti dapat masuk sekolah asrama penuh. Namun sehingga kini saya belum mendapat apa-apa berita daripada mana-mana sek. berasrama penuh untuk kemasukan ke MRSM pula gagal, ada interbiu dengan IMTIAZ pun gagal.

    Saya berharap pihak tuan membaca rayuan ini dan menilai semula permohonan saya kerana saya bercita-cita untuk masuk MRSM, kawan sekolah saya sudah ramai meninggalkan sekolah untuk terus belajar di MRSM.

    Butir Peribadi saya:

    Nama : Basir Na’imullah bin Zulkepli
    No. Surat Beranak : K656261
    Angka giliran : TD 0101006
    No siri OMR : 46345

    Sekian harap maklum

  4. Nor Mala Binti Abdul Aziz Says:

    Nor Mala Binti Abdul Aziz
    396 Persiaran Venice Intan 8
    Desa Manjung Raya
    32200 LUMUT
    Perak Darul Ridzuan

    3 Mac 2008

    Ketua Pengarah,
    Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah)
    Ibu Pejabat MARA
    Jalan Raja Laut
    50609 KUALA LUMPUR

    Tuan,

    RAYUAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU MRSM
    MOHAMMED ZUL FAEZ BIN AZIZUL HANAFEE
    NO. SURAT BERANAK AB 81558

    Dengan segala hormat dan takzim, merujuk perkara di atas, saya Nor Mala Binti Abdul Aziz, ibu kepada penama di atas, dengan rendah diri memohon pertimbangan dan jasabaik tuan, memberi peluang kepada anak saya menyambung program pendidikan menengah di MRSM .

    2. Untuk makluman tuan, saya telah membuat permohonan melalui No. Siri OMR 13974, dan telahpun mengetahui kegagalan permohonan tersebut melalui internet. Walaubagaimanapun, saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan semula permohonan ini, saya amat berharap agar anak saya diberi peluang berdasarkan faktor-faktor berikut:-

    i) Anak saya telah berusaha bersungguh-sungguh dan telah berjaya dalam pembelajaran akademik, ko-kurikulum dan juga sukan semenjak di Tahun 4 hinggalah program UPSR 2007 selesai. Bersama-sama ini disertakan salinan-salinan fotostat sijil dan dokumen yang diperolehinya.

    ii) Disepanjang tempoh pembelajaran dari Tahun 1 sehingga ke Tahun 6, rekod akademik beliau juga amatlah memuaskan. Beliau sering mendapat nombor diantara 1 hingga 5 di dalam kedudukan di dalam kelas pertama sekolah.

    iii) Beliau juga telah dinobatkan sebagai Tokoh Murid tahun 2007 di sekolahnya iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Bayu, Kompleks Sekolah Wawasan Manjung, Perak.

    3. Kekecewaan terpancar di raut wajahnya apabila mengetahui keputusan tersebut, kerana beliau amat berharap untuk menyambung pendidikan ke Tingkatan 1 di MRSM.

    4. Sebagai ibu yang menumpang kesedihan ini, saya sekali lagi berharap agar tuan dapat memberi pertimbangan sewajarnya terhadap permohonan ini. Di atas keperihatinan tuan itu saya dahului dengan ucapan terima kasih.

    Yang benar,
    NOR MALA BINTI ABDUL AZIZ

  5. NURSYUHADAH BINTI SHAMSUDDIN Says:

    Saya NURSYUHADAH BINTI SHAMSUDDIN. Saya ingin melanjutkan pelajaran ke MRSM. Malangnya saya tidak terplih untuk pemilihan yg pertama. Saya berharap supaya saya berpeluang dlam pengambilan kedua. Saya amat terkilan kerana ade sesetengah kawan saya yg memperoleh 4a 1B namun tetap dapat ke MRSM sedangkan saya yg memperoleh 5A tidak diambil. Saya harap rayuan saya dapat dipertimbangkan oleh tuan puan.Berikut ialah butir-butir peribadi saya:

    NAMA:NURSYUHADAH BINTI SHAMSUDDIN
    ALAMAT:2706,JALAN ANGGERIK 1,TAMAN PD UTAMA,71000, PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN.
    NO. SURAT BERANAK: K636960
    ANGKA GILIRAN:NB0211034

    Harap rayuan saya diterima dan dipertimbangkan oleh tuan-puan,

    SEKIAN TERIMA KASIH.

  6. wiza aziah zulkafli Says:

    saya berharap sangat dapat masuk ke MRSM.Kawan saya semua dah pergi tingal saya je.Saya sedih bila mengetahui permohonan saya ditolak.Tetapi saya berharap dapat masuk ke MRSM.

  7. ADIRA Says:

    SAYA INGIN MEMBUAT PERMOHONAN KEMASUKAN MRSM

    NAMA : NUR ADIRA BT MAT ISA
    ALAMAT : NO.3,JALAN PERMAI 1,TAMAN DESA PERMAI,33300 GERIK,PERAK
    ANGKA GILIRAN : AH0321023
    NO.KAD PENGENALAN : 950304-08-5752

  8. NUR HAZIRA BINTI RAZNI Says:

    MOHON RAYUAN KE TINGKATAN SATU MRSM

    Saya seperti nama diatas, mohon rayuan kemasukan tingkatan satu ke sebarang cawangan MRSM di semenanjung Malaysia.

    Ramai kawan-kawan saya yg telah ke MRSM tetapi permohonan saya di tolak.Saya berharap agar mendapat ke MRSM untuk panggilan terakhir.

    Dengan itu,segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amatlah dihargai.

    sekian,terima kasih.

    Yang Benar,

    NUR HAZIRA BINTI RAZNI.

  9. BASIR NAIMULLAH ZULKEPKLI Says:

    Saya Basir Na’imullah b Zulkepli sekali lagi merayu untuk mendapat tempat di mana-mana cawangan MRSM, saya telah membuat rayuan pada 22hb, feb. 2008, tetapi tidak mendapat apa-apa komen dari pihak berwajib.Saya sangat berharap saya di terima masuk ke sekolah MRSM ini, kerana ini sudah menjadi target saya. Saya agak sedih dan kecewa, kerana sampai ke hari ini belum ada apa-apa cerita dari pihak MARA. Sekali lagi saya berharap dan bermohon……tolonglah saya……..

  10. ahmad farouq Says:

    RAYUAN UNTUK DI TEMPATKAN KE MRSM TAWAU

    Perkara di atas adalah dirujuk.

    2. Saya AHmad Farouq Bin Amran angka giliran HJ1531004 mohon rayuan kemasukan tingkatan 1 ke MRSM Tawau.
    3.Saya ingin bersekolah di MRSM Tawau kerana amat berdekatan dengan rumah saya.
    4.Selain itu,saya amat berminat untuk memasuki MRSM memandangkan banyak kemudahan belajar dan suasananya yang menarik untuk saya menuntut ilmu dan kejayaan cemerlang MRSM sendiri yang menyebabkan saya tidak teragak-agak untuk memilihnya.Saya berharap agar rayuan saya ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya dan saya sudahi dengan ucapan terima kasih.

    Yang benar,

    [AHMAD FAROUQ]

  11. ISHAK TALIB Says:

    Saya bapa kepada Nurul hafizah Ishak angka giliran JJ 0931027 ingin membuat rayuan bagi kemasukan ke MRSM di
    Batu pahat atau Pontian jika terdapat kekosongan.

    Nama: Nurul Hafizah Ishak
    Alamat : 1-2-10 Temenggong 1 persiaranan 6
    Indahpura Kulai johor.
    H/P/Bapa : 0127515378

  12. nurul zariah Says:

    RAYUAN UNTUK DITEMPATKAN DI MRSM TAWAU

    perkara di atas adalah dirujuk

    02. saya, nurul zariah bte zakaria angka giliran hj1371043 memohon agar ditempatkan di mrsm tawau.

    03. lokasi mrsm ini amat strategik dan berhampiran lokasi kediaman saya. pelawat saya senang untuk melihat saya jika ada sebarang masaalah yang timbul.

    04. Kemudahan dan insfrakstruktur yang disediakan amat memuaskan hati.Secara tidak langsung saya dapat belajar dengan baiknya dan dapat meningkatkan lagi prestasi mrsm tersebut.

    Diharap rayuan saya dapat dipertimbangkan. Saya akhiri dengan ucapan terima kasih.

    yang benar,

    Nurul Zariah Bte Zakaria

  13. Nurul Zariah Says:

    RAYUAN UNTUK DI TEMPATKAN KE MRSM TAWAU

    02. merujuk kepada perkara di atas saya, Nurul Zariah bte Zakaria berangka giliran hj1371043 ingin meminta jasa baik pihak tuan untuk menempatkan saya di Mrsm Tawau.

    03. Hal ini disebabkan kerana lokasi kedudukan mrsm berhampiran rumah saya dan membolehkan pelawat say untuk menjenguk saya jika ada masaalah yang saya hadapi.

    04. Persekitaran di mrsm dan kemudahan juga mencukupi.Ini membolehkan saya untuk selesa belajar dan menghadapi ujian dan peperiksaan.

    Saya berharap agar rayuan saya ini dapat dipertimbangkan oleh pihak tuan dan saya sudahi dengan ucapan terima kasih.

    Yang benar,
    Nurul Zariah Bte Zakaria
    Candidate upsr 2007

  14. Nurul Zariah Says:

    Tolonglah saya .. sila berikan jawapan anda. terima kasih…

  15. Normala Ibrahim Says:

    23 Ogos 2008

    Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah),
    Ibu Pejabat Mara,
    Jalan Raja Laut,
    50609 Kuala Lumpur.

    Tuan/Puan,

    RAYUAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA BAGI PENGAJIAN TINGKATAN 1 - TAHUN 2008

    Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

    Di sini saya ingin memanjangkan rayuan ke atas permohonan untuk anak saya yang bernama Wan Mohammad Farris Zain bin Wan Mohd Tahiruddin, untuk memasuki MRSM.

    Buat pengetahuan tuan/puan, kami telahpun membuat permohonan kemasukan ke MRSM tetapi tidak mendapat sebarang makluman hanya sekadar sekeping kad merah yang menyatakan permohonan kami sedang diproses.

    Anak saya, Wan Farris telah berjaya mendapat keputusan 5A didalam peperiksaan UPSR tahun 2007 baru ini dari Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat, Sg. Sekamat, Kajang, Selangor.

    Sekolah tersebut adalah bertaraf sekolah luar bandar di desa Sg Sekamat, Kajang. Anak saya juga begitu aktif serta mewakili sekolahnya di dalam pelbagai aktiviti sukan seperti kriket bagi peringkat daerah, ragbi rimau bagi peringkat daerah, olahraga peringkat Zon Kajang.

    Disamping itu juga, anak saya telah mewakili sekolahnya di dalam aktiviti kurikulum pendidikan seperti Pertandingan Choral Speaking peringkat daerah dan berjaya mendapat tempat ketiga, melafazkan ikrar Rukun Negara di peringkat daerah dan mendapat tempat ketiga.

    Anak saya juga telah terpilih untuk menghadiri pelbagai aktiviti sekolah.

    Wan Farris amat teringin dan berharap untuk mendapat peluang belajar di sekolah/maktab berasrama dan telah berusaha gigih dan berjaya mendapatkan keputusan 5A sebagai keperluan untuk memohon.

    Namun, sehingga kini, Wan Farris belum mendapat penempatan dan saya berharap semoga pihak tuan/puan prihatin di atas harapan Wan Farris dan kami sekeluarga.

    Semoga harapan Wan Farris untuk menjejakkan kakinya ke MRSM tercapai hendaknya.

    Besarlah harapan kami semoga pihak tuan/puan dapat memberi pertimbangan ke atas rayuan kami ini.

    Buat pengetahuan tuan/puan, nombor rujukan permohonan nya adalah BD0691037 dan K/P 951204-10-6469

    Segala kerjasama dan pertimbangan tuan/puan dari pihak MRSM amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan semoga Allah s.w.t. memberkatinya.

    Sekian, terima kasih.

    Yang berharap,

    Normala Ibrahim (Ibu)
    Tel: 012-3239295
    62 Jalan Kasih 3
    Taman Kasih
    43000 Kajang

  16. Khairunnisa binti Khairol Anwar Says:

    Saya Khairunnisa binti Khairol Anwar merayu kepada pihak tuan untuk menyambung pelajaran ke tingkatan satu di MRSM. Pada peperiksaan UPSR yang lalu, saya mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 5A. Saya telah memohon untuk ke MRSM, tetapi permohonan saya tidak berjaya.

    Saya berharap agar pihak tuan membaca rayuan saya dan mempertimbangkan semula permohonan saya kerana ingin melanjutkan pelajaran ke MRSM dan merasai hidup berdikari.

    Butir peribadi :

    Nama : Khairunnisa binti Khairol Anwar
    Alamat : MCA-0-11, Jalan Pinggiran Delima, Taman Pinggiran Delima, 43100 Hulu Langat, Selangor D.E.
    Nombor IC : 960114-08-6358
    Nombor Surat Beranak : AC01199
    Angka Giliran : BD0451013

  17. Mohd Hadi Hakimy bin Hj Omar Says:

    Sya memohon rayuan untuk memasuki mrsm.saya mendapat 5a upsr.nombor angka giliran saya TG0241045

  18. Mohd Hadi Hakimy bin Hj Omar Says:

    Saya amat berharap agar diterima masuk MRSM

  19. Mohd Hadi Hakimy bin Hj Omar Says:

    SEKIAN TERIMA KASIH ”ASSALAM

Leave a Reply