Tags: keputusan, malaysia, result, spm
Tiada apa yang baru dalam keputusan SPM 2007 yang diumumkan baru-baru ini. Saban tahun akan ada sahaja peningkatan. Seolah-olah sistem pendidikan di negara ini sudah mencapai tahap yang membanggakan. Dan pastinya di celah-celah keputusan itu, akan ada pelajar yang berjaya mencuri perhatian dengan mendapat begitu banyak A! Bermula dengan fenomena Nur Amalina yang mendapat 17 A, para pelajar cemerlang berlumba-lumba untuk mendapatkan sebanyak mungkin A untuk memecahkan rekod Nur Amalina. Tidak mengejutkan apabila tahun ini Azali Azlan berjaya melakukannya. Dengan 21 A yang diperolehi, Azali kini memegang rekod A terbanyak dalam sejarah SPM sijil terbuka yang diperkenalkan pada tahun 2000. Lapan tahun sejak alaf bertukar, sistem pendidikan di negara kita juga telah banyak melalui pelbagai transformasi. Namun adakah pencapaian pelajar-pelajar ini boleh dijadikan kayu ukur utama terhadap keberkesanan transformasi tersebut. Penukaran bentuk peperiksaan SPM, pembelajaran dan pengajaran Sains Matematik dalam bahasa Melayu, pengenalan kepada lebih banyak subjek berorientasikan modal insan dan ict serta pelbagai yang lain lagi, merupakan antara reformasi pendidikan yang telah dilakukan.
Namun persoalannya kini, adakah kemakmuran sistem pendidikan kita ini dinikmati secara keseluruhannya? Mampukan transformasi yang berlaku itu mengubah senario kebejatan moral pelajar dan kemandulan daya intelektual yang semakin berleluasa? Adakah kecemerlangan diatas helaian-helaian peperiksaan akhirnya akan membawa menjamin masa depan?
Saya percaya ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem terbuka yang diamalkan dalam peperiksaan SPM ketika ini. Terlalu ramai orang mendapat banyak A adalah bukti betapa nilai serta mutu sesuatu peperiksaan itu berada pada tahap yang biasa. Pengalaman belajar di Germany selama lima tahun, saya gunakan untuk mempelajari sedikit sebanyak tentang peperiksaan di sekolah menengah disana. Saya dapati rakan-rakan saya di semester satu pengajian di universiti, tidak mempunyai pengetahuan dalam sesetengah silibus matapelajaran teras yang saya telah pelajari di Malaysia. Sebagai contoh Matematik. Malah kalau ada pun, pendekatannya sangat berbeza. Disana pelajar-pelajar diajar dan dilatih untuk memahami konsep Matematik dengan jelas dan tepat. Mereka diajar dengan kaedah pengiraan yang panjang merangkumi pembuktian dan pemberian alasan terhadap sesuatu jawapan. Kesannya pemahaman mereka terhadap sesuatu konsep Matematik itu lebih jitu dan tersusun. Ini memudahkan mereka mengaplikasikan pengetahuan Matematik itu tadi dalam jurus-jurus pembelajaran yang lain.
Walaupun ramai yang menganggap sistem terbuka SPM ini mampu mengubah tanggapan ramai terhadap sistem pendidikan sekolah di Malaysia yang “exam oriented”, namun hakikatnya ia tidak menyelesaikan masalah itu, malah ia menimbulkan masalah lain pula iaitu “A oriented”! Pada hemah saya yang perlu diubah bukanlah sistem peperiksaan itu sendiri, tetapi pendekatan pengajaran dan pembelajaran itu yang dperlu dirombak secara besar-besaran. Para pelajar yang cemerlang dengan mendapat banyak A, adalah kerana mereka melakukan banyak latih tubi yang berulang-ulang dan melihat serta memahami struktur peperiksaan itu sendiri berdasarkan kertas-kertas tahun lalu. Saya yakin inilah sebenarnya rahsia kejayaan mereka ini.
Hal ini adalah melalui pengalaman peribadi saya semasa menduduki peperiksaan SPM 10 tahun yang lalu. Saya tidak lah begitu pandai dan cemerlang. Tetapi menjelang peperiksaan, saya telah melakukan bedah siasat terhadap set-set kertas soalan SPM tahun 1995 hingga 1997 yang boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai buku. Saya mendapati pola soalan SPM tidak mengalami perubahan yang drastik, malah ada soalan-soalan yang berulang tetapi dalam berlainan angka dan struktur ayat. Saya juga mengkaji kencederungan soalan dari sesuatu silibus dalam subjek-subjek tertentu untuk keluar dalam peperiksaan. Perkara-perkara ini telah membantu saya menguruskan pembelajaran saya dengan baik walaupun SPM sudah semakin hampir.
Maka saya berpendapat bagi mereka yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini, sekiranya ada masa anda tiada mood untuk ulangkaji pelajaran, lakukan apa yang terangkan diatas. InsyaAllah anda akan dapati ianya akan memberi kesan dalam pembelajaran anda!
Namun ingin saya ingatkan, lain orang lain tekniknya. Sekiranya anda adalah bekas pelajar yang mendapat lebih dari 6A dalam SPM dengan keterlibatan yang aktif dalam aktiviti luar darjah, sila emelkan saya pengalaman anda mengurus pembelajaran anda dengan baik.Emel yang saya kira menarik dan praktikal, akan saya terbitkan disini dan beri anda RM30!
Kepada yang telah emel, tinggalkan komen “SAYA DAH EMEL” dibawah sebagai bukti!
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



March 23rd, 2008 at 12:44 am
me check komen2 dr entri di blog me yg lamer2.. me tumpang lalu je bro! ehehe