E-Pembelajaran

Laman Web Interaktif Sekolah

Tags: , , ,

Laman web interaktif sekolah sangat penting bagi meningkatkan perhubungan dua hala antara pihak sekolah dan pelanggannya. Dengan adanya platform ini para pelanggan (baca: pelajar,ibu bapa,masyarakat setempat) dapat mengetahui dengan lebih jelas,cepat dan mudah apa yang pihak sekolah jalankan.

Kata kunci interaktif disini bermaksud komunikasi pelbagai hala yang mampu diwujudkan sekiranya pihak sekolah mempunyai sebuah laman web. Dengan ciri-ciri seperti forum,chat,email,video,galeri gambar,artikel,kalendar aktiviti dan sebagainya, perhubungan antara pihak sekolah dan para pelanggan dapat dieratkan. Ini mampu membantu pihak sekolah dalam mentadbir dan menguruskan sekolah dengan lebih effisien dan berkesan.

Saya terlibat dalam membantu beberapa sekolah di Kuala Lumpur untuk membina laman web interaktif mereka. Kajian kes saya adalah seperti dibawah

www.skaukeramat.edu.my

Ardentedu telah diberi tanggungjawab untuk membangunkan portal interaktif SKAUK. Portal itu kini telah memasuki tahun pertama operasinya. Disamping membangunkan portal tersebut, Ardentedu juga telah melatih kesemua guru-guru SKAUK untuk menggunakan dan menguruskan laman web tersebut. Hampir 8 bulan pihak Ardentedu menguruskan laman web tersebut. Tetapi setelah melalui latihan dan bimbingan dari pihak Ardentedu,hasilnya laman web SKAUK telah dapat beroperasi sepenuhnya dengan pengurusan sendiri oleh team webmaster SKAUK. Laman ini dilengkapi dengan pelbagai ciri interaktif seperti forum, galeri gambar dan video, kuiz minda, kalendar aktiviti,countdown to UPSR dan sebagainya. Daripada maklum balas yang diterima dari ibu bapa dan guru,

kebanyakkannya memberi response positif terhadap kewujudan laman tersebut. Diharapkan SKAUK akan terus berjaya……

Ini adalah satu proses kearah membudayakan penggunaan ICT dalam pembelajaran. Saya berharap akan lebih banyak lagi sekolah yang akan mengikut langkah yang diambil oleh SKAUK.

Sekiranya tuan puan ingin mendapatkan khidmat nasihat dan perkhidmatan Ardentedu, hubungi saya 013 2779320. Pakej yang kami sediakan bermula dari serendah RM1000 untuk sebuah portal interaktif sekolah.

Selamat maju jaya!

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

This entry was posted on Wednesday, August 6th, 2008 and is filed under E-learning. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply