E-Pembelajaran

Pelaburan,Pendidikan dan bangsa ME-Layu

Tags: , ,

Iklan Petronas tahun ini benar-benar memberikan satu kelainan khususnya dalam memberi teguran secara halus,sinis dan berkesan kepada masyarakat di Malaysia khususnya kepada bangsa Melayu dalam mendidik dan menyemai peri pentingnya pelaburan dalam pendidikan.

Sudah banyak tahun kita disajikan dengan iklan Petronas yang membawa mesej perpaduan antara kaum, walaupun iklan-iklan tersebut berbaur liberal dan kesemarataan antara agama; iklan tahun ini membawa mesej jelas kepada bangsa Melayu khususnya ibu bapa berkenaan pepatah bersusah susah dahulu bersenang-senang kemudian.

Orang Cina dan India (akan datang orang2 Indon,Myanmar,Vietnam etc) menjadi begitu survival di bumi asing (baca:Malaysia), kerana mereka tidak bermula dengan disuap pelbagai kemudahan dan kesenangan. Berbeda dengan orang Melayu yang sentiasa berada dalam zon selesa dan selamat, kepentingan untuk melabur bagi pendidikan anak-anak di masa depan langsung tidak dipedulikan.

Sedih melihat anak-anak melayu berumur muda belia belasan tahun, tidak tahu menggunakan wang dengan membelanjakan membeli topup bergayut-gayut cakap melentok-lentok sambil tengok 3gp lucah dan meloyakan.Sudahlah…malas nak nasihatkan lagi kepada yang masih tidak mahu ambil tahu dan pusing akan survival diri sendiri di masa hadapan.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

This entry was posted on Monday, August 25th, 2008 and is filed under Blog. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply