Saya telah dimaklumkan oleh pihak bank CIMB Kpg Baru berkenaan returning check yang diposkan menggunakan Pos Daftar pada 28 April 2008. Malangnya saya bukan sahaja tidak menerima surat tersebut, bahkan notis berupa kad merah pemberitahuan serahan tidak dapat dibuat juga tidak diterima. Saya telah merujuk kepada Pejabat Pos Taman Melawati pada 9 Mei pada jam 2.35 pm berkenaan surat tersebut. Saya juga telah membawa nombor surat berdaftar tersebut yang diperolehi dari pihak bank. Malangnya kerani yang bertugas pada masa tersebut tidak melayan permintaan saya malah menyuruh saya ke Pejabat Pos Serahan Gombak untuk menjejaki surat tersebut. Apabila saya ke pejabat pos gombak pada hari Isnin 12 Mei 2008, mereka telah membuat pemeriksaan mengatakan bahawa surat tersebut masih berada di Pejabat Pos Taman Melawati. Persoalannya mengapa kerani tersebut begitu malas hendak memeriksa rak surat yang tidak dapat diserahkan? Adakah motivasi staf Pos Malaysia begitu rendah sekali terutama menjelang hujung minggu sehingga tidak sanggup melayan pelanggan yang datang dengan sopan santun dan lemah lembut? Beginikah perkhidmatan yang cekap???? (Mari kita tunggu reply dari Customer Service nya)
No TagsIf you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


About This Blog


